- Baik untuk pengguna yang mengalami kencing manis,darah tinggi,stroke dan lenguh-lenguh sendi,angin pasang,susah hamil,masalah pembuangan air besar dan kecil yang sukar..makjun ini tidak alahan kepada ubat yang di edarkan oleh hospital anda. Boleh di ambil sebagai makanan tambahan untuk kesihatan suami dan isteri.. Diperbuat dengan bahan semulajadi seperti akar-akar kayu dan daun herba yang dikisar halus dan dicampurkan dengan madu lebah asli. Kesan akan dapat dirasa oleh pesakit setelah sekali mencuba makjun ini..berita baik kepada pesakit..dengan izin Allah setakat ini makjun ini amat mujarab. Kalau ingin cuba bolehlah anda hubungi h/p:0179263393..jika tidak memberi kesan, kami akan membayar ganti rugi anda. Kerana kami yakin,
dengan ikhtiar ini dan kuasa Allah setelah sekian lama diamalkan oleh penduduk tempatan, makjun ini mampu membantu pengguna.Dengan harga hanya RM5 satu pek, tergamakkah anda sorokkan berita baik ini dan tidak mahu membantu insan yang anda sayang...Insyallah. Kami yakin dengan kuasa Allah menerusi ikhtiar dan penemuan makjun kami..
Facebook Badge
BLOG ARCHIVE
About Me
Followers
friends..
MARI !!!...MARI !!!...MARI !!!
Saturday, November 22, 2008
CINTA YANG BIASA-BIASA; CINTA YANG LUAR BIASA???
Cinta bekembang dimana-mana, akan tetapi hanya cinta sejati yang mampu dibawa mati…cinta adalah kerinduan dua jiwa..iman adalah sumber segala sesuatu sebagaimana disebutkan Hamka sebagai kekuatan hati, sumber keindahan pada penglihatan mata…
Cinta ialah perasaan kasih sayang, perasaan ingin, perasaan mahu, perasaan hendak…cetusan perasaan, yang tumbuh di dalam hati seiring dengan rasa tersentuh atau rasa terusik yang abstrak..
Apapun tafsiran cinta..hanya kita yang tahu kecintaan kita dan cara kita menjaganya… bersama maron a.k.a amirul dengan tips untuk memperkukuhkan cinta..
Pertama: kuatkan tiang2 cinta
Cinta tidak berdiri dengan logik akal semata-mata dengan jiwa yang kosong..ia adalah komponen tersendiri sebagai kuasa pengawal. Dalam membentuk asas cinta tiangnya adalah akal, akhlak dan agama yang berdiri bersama. Untuk membina cinta dalam lingkungan agama, kita tidak lari dari dari membicarakan tentang iman... kata kawan mirul, hidayah Hassan pernah berkata berpasangan sebelum kahwin adalah haram..dan ayuh kita teliti kenapa beliau berkata demikian.. Iman adalah sumber segala sesuatu sebagaimana disebut Hamka seperti heading yang mirul letak kat atas ni..akal menyedarkan hati untuk mencari cinta yang positif, cemerlang dan bermotivasi kearah kebaikan. Bukan bercinta kerana orang lain bercinta. Cinta yang dijadikan pertandingan seolah-olah membalas dendam keatas seseorang dengan memiliki insan yang dahulunya mungkin pasangan orang lain..Dan mungkin yang Hidayah makudkan ialah cinta yang bersifat sementara yang dijanjikan oleh pasangan yang rakus atau yang lebih senang diklasifikasikan sebagai cinta murahan yang hanya mengharapkan keseronokan sementara. Terpulang kepada individu masing-masing dan mungkin pendapat berbeza ini timbul kesan dari pengalaman sendiri yang menimbulkan trauma bagi seseorang untuk kembalikan keyakinan terhadap cinta yang pernah suatu masa dahulu membuatkan mereka menangis atau kehilangan segala-galanya. Cinta yang diteguhkan dengan akal akan memilih perkara bermanfaat dan menjauhi perkara yang menyakiti. Dia memilih mana yang lebih baik walaupun sulit jalannya bebanding yang mudah diperolehi tetapi pengakhirannya menyeksakan.
Kedua: carilah keserasian, belajar dari perbezaan
Berkongsi matlamat hidup yang sama maka secara lngsung mewujudkan keserasian, yang semulajadi mendorong cinta ialah secocok dari segi akhlak, persamaan jiwa dan kerinduan satu jiwa terhadap jiwa yang serasi dengannya. Konseo keserasiaan telah disebut oleh Nabi kita Muhammad S.A.W
Perumpamaan orang Mukmin dalam cinta, kasih saying dan kelembutan mereka seumpama satu tubuh. Jika salah satu anggota yang sakit, maka seluruh tubuh akan merasainya.
Allah menyebutkan tentang keserasian yang membawa kepada hubungan bahagia pasangan dalam membina kasih saying yang bermakna dalam surah Al ‘Araf ayat 189 yang bermaksud:
“ Dialah yang mencipta kalian dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri, agar dia berasa senang kepadanya.”
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam.
Ketiga: Maklumat sulit dari hobinya
Sukar bagi anda memahami kegemaran dan kehendak pasangan??? Hobi adalah gambaran sikap atau tabiat yang diterjemahkan secara tersembunyi tanpa disedari oleh individu itu sendiri. Hobi menggambarkan bentuk kemahiran dan nilai pemikiran seseorang. Misalnya, pasangan yang cenderung dengan sesuatu yang bersifat perniagaan, sifat-sifat dan perkara yang diminatinya selalunya berkait rapat dengan cabaran, kecerdasan dan teknik, amat teliti terhadap sesuatu, nilai kesabaran yang tinggi dan sedia membuat keputusan segera. Kalau teman anda memberitahu bahawa dia amat sibuk di internet, jangan pula anda fikir teman anda suka berfoya-foya chatting dengan yang lain sebaliknya selidik apa kerja yang dia jalankan di internet. Zaman sekarang semua nak laju, internet cara yang paling dekat dengan kita yang mampu membawa kita jauh ke ceruk-ceruk dunia.
Keempat: Elakkan bercerita tentang kekasih lama atau insane lain dalam perbualan
Bercerita tentang lelaki atau perempuan lain dalam hidup yang pernah menjadi kekasih sebelumnya mampu menimbulkan pasangan. Apa lagi kalau bercerita tentang kelebihan yang mungkin tidak ada pada si dia yang anda cinta, pasangan anda juga akan terasa dirinyi disbanding-banding dan inilah perkara yang paling tidak disukai oleh jejaka ego anda. Setiap insa dilahirkan dengan kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza dan perbuatan membanding-banding hanya akan mengeruhkan keaadaan dan sama sekali tidak adil. Lebihkan kepada keunikan pasangan, seandainya ingin sesuatu daripada pasangan jangan sebut nama yang terdahulu dan perbuatan baiknya dengan harapan pasangan akan melakukan perkara sama. Tidak semua lelaki atau wanita gembira mendengar pasangannya bercerita tentang kekasih lamanya. Meskipun seseorang bertindak ikhlas untuk tidak menyorokkan pengalaman hidupnya dari pasangan dan cuba bertindak jujur untuk hidup bersama, tetapi cerita-cerita kekasih lama berkemungkinan memberikan satu persepsi yang berbeza dalam minda pasangan anda.
Kelima: Setiap perkataan membawa kesan yang mendalam kepada yang dicintai
Senario yang mirul perhatikan mendapati perkataan yang digunakan ketika berkomunikasi memberi impak kepada emosi yang mendalam. Gunalah pekataan yang membentuk persepsi pasangan bahawa dirinya berkemampuan, dipercayai, boleh bertindak dan sangat kredibel. Perkataan yang penuh motivasi akan mendorong pasangan supaya terus melakukan yang terbaik kerana perbuatan itu menyenangkan hati anda.
Cinta itu suci, jangan salahkan cinta kalau anda tidak boleh menjaga diri.. two wrong does not make one right..and..the grass not always green at the other side.. pandai-pandailah jaga diri. Termakan budi jangan sampai tergadai body..
Yang amat membimbangkan ialah budak-budak yang baru naik ni..baru nak kenal dunia dan mulalah berkasih sayang tanpa mengira latar belakang pasangan..ada kisah yang mirul maklum..si perempuan ni bukan main hebatnya, kalau kat sekolah top la kononnya dalam study, tapi lama kelamaan hancur berkecai..result entah kemana, pakwe entah kemana..dalam hal sebegini perempuanlah yang sering menjadi mangsa..dan perempuan sekalian, inilah perkara yang amat digeruni ibu bapa anda bila menyambut kelahiran anda…dan kepada yang teruna yang membaca bingkisan ini, berapa yakinkah anda bahawa antara kerabat anda yang anda sayangi tidak akan terjerumus dalam masalah ini..pernah kita dengar kerana kad tambah nilai RM5 seorang remaja perempuan sanggup menggadaikan maruah diri kepada lelaki cina yang dah tua Bangka…kalau yakin Alhamdulillah..kalau tak, bertindaklah sekarang demi menjaga maruah keluarga anda..sebagai lelaki yang layak menjadi wali,tergamakkah anda melihat adik anda di aniaya kerana kejahilannya sendiri..fikirkanlah..kerana di sekeliling anda juga anda boleh lihat..lihatlah rakan-rakan anda..anda boleh tersenyum bila mereka bercerita tentang kehebatan mereka meroskkan perempuan, pernahkah anda letakkan diri anda di tempat si abang kepada perempuan yang dianiaya tadi..menyirat darah kan…so, what you give u get back..hukum karma memang wujud..
Wednesday, November 12, 2008
“PANACEA” ekonomi dari maron_seafearer a.k.a amirul
Dewasa ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini dibawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah. Ahli-ahli Dewan Kongres Amerika telah meluluskan dana Negara sebanyak 700 billion dolar untuk membantu lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Godon Brown juga telah meluluskan 500 billion poundsterling untuk tujujan sama. Sebuah lembaga penyimpa/peminjam dana –Northon Rocks- telah dimilik negarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown. Dari mana asal usul krisis yang mnghimpit ekonomi kapitalis ini????
Semua ini berpunca dari asas ekonomi yang kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisme. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state. Amerika syarikat Negara kapitalis terunggul dunia telah mengenepikan system wang bersandarkan emas.
Ini berlaku pada tahun 1971 apabila presiden Nixon memansuhkan Brtton Woods Agreements. Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang colonial terhadap Vietnam, Kemboja dan Laos. Perang Indo-china ini telah membocorkan dan mengoyak-rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perag memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi,nyawa dan harta benda.
Antara yang menjadikan Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya Negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin telah dipaksa menerima pakai “fiat money” yang bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat. Justeru, semua jual beli di antara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petroleum wajib menggunakan dolar Amerika.
Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamatkan ekonomi Amerika yang mula merudum pada tahun 1970-an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang. Rupa-rupanya langkah Nixon itu hanya untuk membeli masa, 30 tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang colonial terhadap Iraq dan Afghanistan. Inila yang buat saya bengang sekarang. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kemboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan melimpah ke Iran dan Pakistan.
Seperti yang kita tahu, sebelum serangan atas Iraq bemula White House dengan “selamba rock” telah mmberi anggaran 50bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka rasmi telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan USD300 juta dolar sehari. Ada yang lebih ambil berat, mereka menganggarkan di antara USD 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.
Pernah juga saya maklum bahawa Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard dan Joseph Stigliz pemenang anugerah nobel Laureate Ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang Iraq hingga ke hari ini. Justeru peperangan di Iraq da Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu. Malah, dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah member ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urusniaga yang menjaga kepentingan negara kecil telah dilupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation (WTO) atau atas nasihat Bank Dunia. WTO dan Bank Dunia adalah dua kuasa yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancer. Pihak ini mengajukan dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas-luasnya kepada golongan pemodal.
Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan golonagn pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan ‘penswastaan’ yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia. Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini, ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masalah struktur system kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank. Kali ini pula keyakinan terhadap lembaga bank telah kembali tetapi bersama bencana perang, dua-dua datang sekali. Memang betullah jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh dan bangun setiap sepuluh tahun, 1974-1988, 1997-2008,tapi masalah yang saya sedang fikir nampaknya sedikit berbeza. Berbeza macam mana? Bezanya ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi tetapi lebih dari itu.
Dunia gang kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan atau orang nak lebih glamour dia panggil surplus production malah strukturnya sipi-sipi nak hancur. Rakyat di bumi Allah ini tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi diyakini, maka nilai dolar jatuh. Dalam suasana macam ini saya rasa Federal Service akan ambil jalan pintas. Federal Service akan terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan eksport utama Amerika. Kalau nak tahu, Federal Service ini ialah badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar. Mulia mereka sikit sebab kulit putih, kalau hitam dah tak jauh beza dengan gang black money.
Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia. Bila dolar melambak, maka nilainya akan merosot. Nanti baru kita terkejut bila harga nasi lemak mak jah kat tanjung dahan USD3 sebungkus. Ini samalah yang melanda nenek moyang kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu, sekitar tahun 1941-1945, di mana adegan dalam Filem Embun mendapat tempat. Untuk memastikan dolar terus diterima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman ketenteraan untuk memastikan jual beli terutamanya bahan bakar petroleum akan terus dinilai dengan dolar. Untuk pengetahuan saudara, di kawasan New Orleans sahaja berapa ratus kali kapal tangki ulang alik membekalkan minyak dalam sehari kepada terminal orang kulit putih tak sedar diri ni. Kalau saudara tengok pemandangan,hijau saja rumput,siap main golf lagi padahal bawah tangki minyak.
Harus diingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussien dijatuhkan ialah kerana Saddam Hussien meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Tindakan Negara-negara ini terus membantu penurunan dolar. Satu lagu musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu menghasilkan sesuatu barangan,kalau kita menorah getah, hasilnya getah, kalau tanam padi hasilnya beras. Perniagaan bentuk baru ini tidak menghasilakan apa-apa barangan. Ianya hanya membuat spekulasi tentang harga barang masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. Perniagaan mata wang ini tidak produktif dan boleh diklasifikasikan sebagai judi atau mat saleh panggil gambling. Jenis perniagaan ini muncul hasil dasar neoliberalisma. Peniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalamdunia global mencari pasaran untuk berjudi. Hish, tak baik. Kalaulah ikut saya buat bisnes makjun ke, topup ke lagi bagus, biarlah dapat untung sikit, tapi halal.
Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan City of London. Mereka berbondong-bondong tetapi tidak bergerak, hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tapi kalau menang maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu, masa saya darjah tiga di sekolah Raja Abdullah. Dulu siapa kisah hal sebegini, tapi sekarang pakcik penoreh getah pun tahu nak tengok nilai getah naik lagi ke stabil. Untuk jatuh mereka cukup yakin tidak akan sesekali berlaku dalam tempoh terdekat ini.
Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai ke negara kita. Di Amerika sekarang mengalami zaman meleset, tapi mereka pandai cover. Tahu saja lah kan. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku, maka mesti banyak kilang akan ditutup, ramai yang hilang pekerjaan dan inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma. Pada pemikiran cetek saya, sekarang barisan pemimpin kita wajib membuat dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar kerajaan untuk memastikan kita tidak terjejas teruk jika fenomena ekonomi sekali lagi melanda tanah air kita. Isu skandal murahan pemimpin akar umbi harus dikurangkan dan pemimpin peringkat bawahan harus memainkan peranan dan bukan hanya mencuri peluang untuk memperkayakan kerabat sendiri. Sampai bila remaja yang bakal menjadi pemimpin negara perlu melihat masyarakat kita bertelagah sesama sendiri. Cukuplah..cukup setakat ini dan ingatlah wahai pemimpin tercinta, anda dipilih untuk memimpin, tanggungjawab anda sangat besar dimana dibahu anda terpikul harapan rakyat. Kepada yang gugur sebelum masak, renungilah dan jadikanlah tsunami politik yang lepas sebagai ikhtibar. Kepada yang belum kantoi, amaran awal tsunami perlu di ambil serius agar kemusnahan tidak terlalu teruk sehingga anda tidak diberi peluang untuk membela diri disaat kepercayaan rakyat mula terhakis. Percayalah kuasa majoriti di Malaysia amat berkuasa dan ianya perlu dihormati.Insyallah.
Maron_seafearer1@yahoo.com.my

