“PANACEA” ekonomi dari maron_seafearer a.k.a amirul
Dewasa ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini dibawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah. Ahli-ahli Dewan Kongres Amerika telah meluluskan dana Negara sebanyak 700 billion dolar untuk membantu lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Godon Brown juga telah meluluskan 500 billion poundsterling untuk tujujan sama. Sebuah lembaga penyimpa/peminjam dana –Northon Rocks- telah dimilik negarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown. Dari mana asal usul krisis yang mnghimpit ekonomi kapitalis ini????
Semua ini berpunca dari asas ekonomi yang kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisme. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state. Amerika syarikat Negara kapitalis terunggul dunia telah mengenepikan system wang bersandarkan emas.
Ini berlaku pada tahun 1971 apabila presiden Nixon memansuhkan Brtton Woods Agreements. Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang colonial terhadap Vietnam, Kemboja dan Laos. Perang Indo-china ini telah membocorkan dan mengoyak-rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perag memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi,nyawa dan harta benda.
Antara yang menjadikan Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya Negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin telah dipaksa menerima pakai “fiat money” yang bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika Syarikat. Justeru, semua jual beli di antara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petroleum wajib menggunakan dolar Amerika.
Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamatkan ekonomi Amerika yang mula merudum pada tahun 1970-an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang. Rupa-rupanya langkah Nixon itu hanya untuk membeli masa, 30 tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang colonial terhadap Iraq dan Afghanistan. Inila yang buat saya bengang sekarang. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kemboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan melimpah ke Iran dan Pakistan.
Seperti yang kita tahu, sebelum serangan atas Iraq bemula White House dengan “selamba rock” telah mmberi anggaran 50bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka rasmi telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan USD300 juta dolar sehari. Ada yang lebih ambil berat, mereka menganggarkan di antara USD 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.
Pernah juga saya maklum bahawa Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard dan Joseph Stigliz pemenang anugerah nobel Laureate Ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang Iraq hingga ke hari ini. Justeru peperangan di Iraq da Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu. Malah, dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah member ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urusniaga yang menjaga kepentingan negara kecil telah dilupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation (WTO) atau atas nasihat Bank Dunia. WTO dan Bank Dunia adalah dua kuasa yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancer. Pihak ini mengajukan dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas-luasnya kepada golongan pemodal.
Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan golonagn pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan ‘penswastaan’ yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia. Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini, ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masalah struktur system kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank. Kali ini pula keyakinan terhadap lembaga bank telah kembali tetapi bersama bencana perang, dua-dua datang sekali. Memang betullah jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh dan bangun setiap sepuluh tahun, 1974-1988, 1997-2008,tapi masalah yang saya sedang fikir nampaknya sedikit berbeza. Berbeza macam mana? Bezanya ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi tetapi lebih dari itu.
Dunia gang kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan atau orang nak lebih glamour dia panggil surplus production malah strukturnya sipi-sipi nak hancur. Rakyat di bumi Allah ini tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi diyakini, maka nilai dolar jatuh. Dalam suasana macam ini saya rasa Federal Service akan ambil jalan pintas. Federal Service akan terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan eksport utama Amerika. Kalau nak tahu, Federal Service ini ialah badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar. Mulia mereka sikit sebab kulit putih, kalau hitam dah tak jauh beza dengan gang black money.
Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia. Bila dolar melambak, maka nilainya akan merosot. Nanti baru kita terkejut bila harga nasi lemak mak jah kat tanjung dahan USD3 sebungkus. Ini samalah yang melanda nenek moyang kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu, sekitar tahun 1941-1945, di mana adegan dalam Filem Embun mendapat tempat. Untuk memastikan dolar terus diterima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman ketenteraan untuk memastikan jual beli terutamanya bahan bakar petroleum akan terus dinilai dengan dolar. Untuk pengetahuan saudara, di kawasan New Orleans sahaja berapa ratus kali kapal tangki ulang alik membekalkan minyak dalam sehari kepada terminal orang kulit putih tak sedar diri ni. Kalau saudara tengok pemandangan,hijau saja rumput,siap main golf lagi padahal bawah tangki minyak.
Harus diingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussien dijatuhkan ialah kerana Saddam Hussien meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Tindakan Negara-negara ini terus membantu penurunan dolar. Satu lagu musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu menghasilkan sesuatu barangan,kalau kita menorah getah, hasilnya getah, kalau tanam padi hasilnya beras. Perniagaan bentuk baru ini tidak menghasilakan apa-apa barangan. Ianya hanya membuat spekulasi tentang harga barang masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. Perniagaan mata wang ini tidak produktif dan boleh diklasifikasikan sebagai judi atau mat saleh panggil gambling. Jenis perniagaan ini muncul hasil dasar neoliberalisma. Peniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalamdunia global mencari pasaran untuk berjudi. Hish, tak baik. Kalaulah ikut saya buat bisnes makjun ke, topup ke lagi bagus, biarlah dapat untung sikit, tapi halal.
Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan City of London. Mereka berbondong-bondong tetapi tidak bergerak, hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tapi kalau menang maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu, masa saya darjah tiga di sekolah Raja Abdullah. Dulu siapa kisah hal sebegini, tapi sekarang pakcik penoreh getah pun tahu nak tengok nilai getah naik lagi ke stabil. Untuk jatuh mereka cukup yakin tidak akan sesekali berlaku dalam tempoh terdekat ini.
Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai ke negara kita. Di Amerika sekarang mengalami zaman meleset, tapi mereka pandai cover. Tahu saja lah kan. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku, maka mesti banyak kilang akan ditutup, ramai yang hilang pekerjaan dan inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma. Pada pemikiran cetek saya, sekarang barisan pemimpin kita wajib membuat dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar kerajaan untuk memastikan kita tidak terjejas teruk jika fenomena ekonomi sekali lagi melanda tanah air kita. Isu skandal murahan pemimpin akar umbi harus dikurangkan dan pemimpin peringkat bawahan harus memainkan peranan dan bukan hanya mencuri peluang untuk memperkayakan kerabat sendiri. Sampai bila remaja yang bakal menjadi pemimpin negara perlu melihat masyarakat kita bertelagah sesama sendiri. Cukuplah..cukup setakat ini dan ingatlah wahai pemimpin tercinta, anda dipilih untuk memimpin, tanggungjawab anda sangat besar dimana dibahu anda terpikul harapan rakyat. Kepada yang gugur sebelum masak, renungilah dan jadikanlah tsunami politik yang lepas sebagai ikhtibar. Kepada yang belum kantoi, amaran awal tsunami perlu di ambil serius agar kemusnahan tidak terlalu teruk sehingga anda tidak diberi peluang untuk membela diri disaat kepercayaan rakyat mula terhakis. Percayalah kuasa majoriti di Malaysia amat berkuasa dan ianya perlu dihormati.Insyallah.
Maron_seafearer1@yahoo.com.my
Facebook Badge
BLOG ARCHIVE
About Me
Followers
friends..
MARI !!!...MARI !!!...MARI !!!
Wednesday, November 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comments:
Post a Comment