Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura adalah 500% lebih
kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih
kaya dari rakyat Malaysia? Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat
keuntungan hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk
dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima tatkala
merayakan 50 tahun kemerdekaan. Jepun berada di kelas
pertama; Singapura, Korea Selatan dan Taiwan di kelas
kedua; dan Malaysia bersama yang lain di kelas ketiga.
Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok
penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan
bilion
ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi
satu syarikat
keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan
ternyata
dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan
menggondol
kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian
tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu.
Yang dikira keterlaluan adalah manakala anak menteri dan jutawan turut mendapat
biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman. Pangsapuri mewah
memberikan
potongan 7 peratus buat jutawan Bumiputera manakala ratusan
ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu
terbinanya
rumah kos rendah. Sikap gelojoh ini dikira keterlaluan sehingga peluang
kecil seperti permit teksi, kontrak kecil dan agensi pekerja asing pun direbut oleh
keluarga pemimpin UMNO yang kaya.
Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang lebih dahsyat di Malaysia
adalah kedua paling teruk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data
untuk
kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127negara
yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini.
Selain dari Papua
New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang
lebih dahsyat
dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang
sememangnya
mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika
seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.
Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada
keselesaan
rakyat. Apa yang dimusykilkan ialah kerana sementara masyarakat
Bumiputera
terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap
penyelamat, berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat
bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah kerana menganggap mereka
didiskriminasikan.
Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang
pendidikan
di universiti tempatan,
kontrak dikaut oleh kelompok kecil dan pemacuan
ekonomi keseluruhannya agak lembab.
Mahkamah di Beijing menjatuhkan hukuman matiterhadap
pegawai tinggi yang didapati menerima
rasuah besar sehingga menjejaskan keselamatan
awam. Agensi anti rasuah India, Indonesia dan
Thailand
diperkukuh. Pendakwaan terhadap tokoh
politik dan pegawai atasan mereka yang rasuah lebih
berkesan
lagi. Sebaliknya di Malaysia, semua kes yang
melibatkan
pembesar segera dipadamkan.
Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
telah mendapat mandat pada pilihan raya lalu di atas
janji ketelusan dan kebertanggungjawaban. Namun
begitu janji tersebut tidak bermakna tanpa sebarang
tindakan.
Untuk meningkatkan keyakinan pelabur, kita seharusnya memperbaiki persepsi
mereka misalnya dengan menjadikan BPR lebih bebas dan berkesan. Persepsi
menggambarkan realiti, dan imej Malaysia yang rasuah diperkuatkan di dalam
kaji selidik tahunan 1,476 ahli perniagaan di 13 negara di seluruh rantau Asia
Pasifik
oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang beribu pejabat di
Hong Kong. Malaysia tersenarai di nombor tujuh dengan markah 6.25, dengan 10
untuk
paling teruk dan kosong paling baik, lebih teruk dari 2006 apabila Malaysia
mendapat
6.13 mata.
Kadar jenayah termasuk jenayah besar seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan
ragut terus meningkat ke tahap yang membimbangkan. Rakyat kian mempertikai
kewibawaan pasukan polis dan pegawai atasan dicurigai kerana dijangkiti rasuah,
malah disyaki bersubahat dengan sindiket penjenayah besar. Ratusan badan bukan
kerajaan mengemukakan memo bantahan kerana jenayah memuncak tanpa kawalan.
PERWAJA merupakan satu kerugian besar dengan tanggungan mencecah RM13
bilion di dalam kes rasuah dan skandal politik yang jelas seperti mana yang tertera
dalam laporan juruaudit bertauliah PriceWaterhouseCoopers
(PWC). Laporan PWC
diketepikan
sama sekali dalam kes pendakwaan PERWAJA!
Lebih dahsyat lagi,
PETRONAS, agensi petroliam
negara yang kita banggakan kerana pengurusan cekap
telah dikorbankan oleh pemimpin negara.
Apakah pilihan lain yang ada? Jawapannya, saya yakin,
terletak pada keberanian kita menggantikan dasardasar
usang dengan agenda ekonomi baru yang mengatasi
kepincangan yang sedia ada dan menghadapi
cabaran globalisasi. Adalah mendesak sekali untuk kita
mengakui kekuatan dan kelemahan kita yang sedia
ada, dan pada masa yang sama memahami strategi
ekonomi era pengetahuan yang didominasi kebebasan
pengetahuan dan modal intelek.


0 comments:
Post a Comment